Wednesday, October 27, 2010

When we were young. ( Part 3 )

Selepas 1 jam berada dalam bas, akhirnya Nana dan Aliya sampai di bus-stop Bt. 9.
Nana sudah menelefon ayahnya untuk dijemput di hadapan kedai buah.
Manakala Aliya akan diambil oleh emaknya di hadapan 7Eleven.
Turun sahaja mereka dari bas, ayah Nana sudah tersenyum lebar melihat kedua-dua anak gadis yang dikenalinya. Kereta Wira diparking di sebelah kedai buah.

"Haaa, seronok jalan2?" tanya ayah Nana kepada mereka berdua.

"Best! Dah lama xjalan2 dengan kawan adik ni ayah" jawab Nana smbil tersenyum.

Aliya bersalaman dan bertanya khabar kepada ayah Aliya.

"Pak cik sihat? Mak cik mane?" sapa Aliya.

"Oooo, mak cik kamu ade dekat rumah. Memasak. Jomla naik sekali. Biar pak cik hantar kamu balik" balas ayah Nana.

"Aah, jomla Aliya" sambung Nana.

"Eh, takpelah. Saya dah janji dengan mak suruh datang amik. Lain kali la ye pak cik." balas Aliya.

"Ooo. Kalau macam tu, kirim salam dekat mak kamu" ayah Nana membalas.

"Yup, InsyaAllah. Okay Nana, jumpa lagi ye. Take care tau. Blaja elok2. Pape roger ek. Thanks for everything" kata Aliya sambil memeluk erat rakannya.

" Okay, kau pun sama. Jaga diri elok2. Blaja rajin2. Jumpa lagi okay." balas Nana.

Aliya memerhatikan kereta Wira ayah Nana meninggalkan dirinya di bus-stop.
Kemudian, dia pun berjalan menuju ke 7Eleven yang hanya beberapa meter dari bus-stop itu.
Selepas 5 minnit, emaknya pun tiba dengan scooter hitam bintang2 yang menjadi tarikan orang ramai.

"Mak buat apa tadi?" tanya Aliya kepada emaknya.

"Baru lepas buat tahu sumbat. Ayah kau nak makan sangat" jawab emak Aliya.

"Waaaa, tahu sumbat? Yeay! Sedap ni. Liya pun dah lama xmakan tahu sumbat. Sayang mak" balas Aliya dengan senyuman.

Tepat pukul 6 petang, Aliya pun sampai rumah dengan emaknya.
Aliya terus menuju ke dapur untuk menikmati tahu sumbat.

"Sedapnya mak. Nanti mak buat lagi ek. Ni kat kedai 3 biji dah RM1.00. Makan dekat rumah, free je. Hehe. Siap ade teh O panas lagi. Heaven!!" ngomel Aliya.

"Makan jela selagi ada" balas emak Aliya sambil menggeleng kepala melihat telatah anaknya.

" Ayah mane mak?" tanya Aliya.

"Ade kat kedai kopi la tu. Tadi Pak Mail ajak pergi minum." balas emaknya lagi.

Kemudian, Aliya pun mandi dan solat
Selepas selesai menunaikan solat, Aliya mengambil sehelai kertas dan sebatang pensel.
Aliya menyenaraikan homework dan benda2 yang perlu dia siapkan pada hari esoknya.
Di ruang tamu, ayahnya sedang menonton berita TV3.
Ayahnya memang peminat setia berita TV3.
Tepat pukul 8.40 malam, telefon rumah berbunyi.
Emak Aliya menjawab telefon tersebut.

"Liya, telefon" panggil emaknya.

"Siapa mak?" tanya Aliya.

"Tak tau la. Tapi suara lelaki." balas emaknya.

Jantung Aliya berdegup dengan lajunya.
Adakah lelaki tersebut orang yang diharapkan?
Adakah betul lelaki tersebut menelefon rumahnya?
Fikiran Aliya bercelaru.
Nervous!
Aliya mencapai ganggang telefon tersebut.

"Hello assalamualikum. Siapa ni?" tanya Aliya.

"Waalaikumsalam. Hai Aliya, ni Syafiq kawan Nana tadi. Ada orang nak cakap dengan awak ni" Syafiq bersuara.

"Hello, Aliya. Ni Iskandar ni. " Iskandar menyapa di hujung talian.

Bersambung............