Sunday, October 31, 2010

I miss us and bob's corner :(

Perfect food with a lovely date.
Next year pretty please.

Wednesday, October 27, 2010

When we were young. ( Part 3 )

Selepas 1 jam berada dalam bas, akhirnya Nana dan Aliya sampai di bus-stop Bt. 9.
Nana sudah menelefon ayahnya untuk dijemput di hadapan kedai buah.
Manakala Aliya akan diambil oleh emaknya di hadapan 7Eleven.
Turun sahaja mereka dari bas, ayah Nana sudah tersenyum lebar melihat kedua-dua anak gadis yang dikenalinya. Kereta Wira diparking di sebelah kedai buah.

"Haaa, seronok jalan2?" tanya ayah Nana kepada mereka berdua.

"Best! Dah lama xjalan2 dengan kawan adik ni ayah" jawab Nana smbil tersenyum.

Aliya bersalaman dan bertanya khabar kepada ayah Aliya.

"Pak cik sihat? Mak cik mane?" sapa Aliya.

"Oooo, mak cik kamu ade dekat rumah. Memasak. Jomla naik sekali. Biar pak cik hantar kamu balik" balas ayah Nana.

"Aah, jomla Aliya" sambung Nana.

"Eh, takpelah. Saya dah janji dengan mak suruh datang amik. Lain kali la ye pak cik." balas Aliya.

"Ooo. Kalau macam tu, kirim salam dekat mak kamu" ayah Nana membalas.

"Yup, InsyaAllah. Okay Nana, jumpa lagi ye. Take care tau. Blaja elok2. Pape roger ek. Thanks for everything" kata Aliya sambil memeluk erat rakannya.

" Okay, kau pun sama. Jaga diri elok2. Blaja rajin2. Jumpa lagi okay." balas Nana.

Aliya memerhatikan kereta Wira ayah Nana meninggalkan dirinya di bus-stop.
Kemudian, dia pun berjalan menuju ke 7Eleven yang hanya beberapa meter dari bus-stop itu.
Selepas 5 minnit, emaknya pun tiba dengan scooter hitam bintang2 yang menjadi tarikan orang ramai.

"Mak buat apa tadi?" tanya Aliya kepada emaknya.

"Baru lepas buat tahu sumbat. Ayah kau nak makan sangat" jawab emak Aliya.

"Waaaa, tahu sumbat? Yeay! Sedap ni. Liya pun dah lama xmakan tahu sumbat. Sayang mak" balas Aliya dengan senyuman.

Tepat pukul 6 petang, Aliya pun sampai rumah dengan emaknya.
Aliya terus menuju ke dapur untuk menikmati tahu sumbat.

"Sedapnya mak. Nanti mak buat lagi ek. Ni kat kedai 3 biji dah RM1.00. Makan dekat rumah, free je. Hehe. Siap ade teh O panas lagi. Heaven!!" ngomel Aliya.

"Makan jela selagi ada" balas emak Aliya sambil menggeleng kepala melihat telatah anaknya.

" Ayah mane mak?" tanya Aliya.

"Ade kat kedai kopi la tu. Tadi Pak Mail ajak pergi minum." balas emaknya lagi.

Kemudian, Aliya pun mandi dan solat
Selepas selesai menunaikan solat, Aliya mengambil sehelai kertas dan sebatang pensel.
Aliya menyenaraikan homework dan benda2 yang perlu dia siapkan pada hari esoknya.
Di ruang tamu, ayahnya sedang menonton berita TV3.
Ayahnya memang peminat setia berita TV3.
Tepat pukul 8.40 malam, telefon rumah berbunyi.
Emak Aliya menjawab telefon tersebut.

"Liya, telefon" panggil emaknya.

"Siapa mak?" tanya Aliya.

"Tak tau la. Tapi suara lelaki." balas emaknya.

Jantung Aliya berdegup dengan lajunya.
Adakah lelaki tersebut orang yang diharapkan?
Adakah betul lelaki tersebut menelefon rumahnya?
Fikiran Aliya bercelaru.
Nervous!
Aliya mencapai ganggang telefon tersebut.

"Hello assalamualikum. Siapa ni?" tanya Aliya.

"Waalaikumsalam. Hai Aliya, ni Syafiq kawan Nana tadi. Ada orang nak cakap dengan awak ni" Syafiq bersuara.

"Hello, Aliya. Ni Iskandar ni. " Iskandar menyapa di hujung talian.

Bersambung............

4 years and still counting :D

Happy anniversary my boy.
4 years baby.
Hope our love stay strong and will last till our last breath.
Miss you and take care.
Till we meet again next year.
InsyaAllah.
I LOVE YOU :D

Saturday, October 23, 2010

When we were young. ( Part 2 )

Di Burger King KLCC.

Mereka berenam berborak-borak dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.
Rupa-rupanya Iskandar dan Amir pun adalah pelajar form4.
Iskandar belajar di SMKTM, Melaka, manakala Amir di MCKK, Perak.
Iskandar adalah sepupu Syafiq.
Amir pula jiran Syafiq.
Iskandar turun KL untuk lepak2 di rumah Syafiq.

"So, lepas ni kita nak jalan2 mane?" tanya Syafiq kepada Nana.

" Hurm, kita window shopping bole? Saya nak survey baju." jawab Nana.

"Aku pun nak tgk baju gak. Dah lama xshopping ni." tambah Aliya.

" Budak2 perempuan ni kejanya shoppping je ek. Haha." gurau Iskandar.

" Eh, sudah semestinya! To look good and feel good, we need pretty clothes. Betul x girls?" sampuk Ira.

" True!!" jawab Nana dan Aliya.

Syafiq, Iskandar dan Amir hanya mampu ketawa dengan telatah Nana, Aliya dan Ira.
Kemudian mereka pun bergerak ke Padini, Vincci, Roxy dan akhirnya Isetan.
Mata Aliya, Nana dan Ira meliar-liar melihat baju yang cantik-cantik.
Everything is on Sale.
Syafiq, Iskandar dan Amir setia mengikut mereka dari belakang.

"Sorryla korg kena drag dgn kitorg masuk semua kedai. Hehe. Camnila perempuan. Hehe." Nana bersuara.

" Hehe. Jangan risau. Saya dah biasa ikut mak dan adik saya shopping. Memang habis semua kedai mak saya nak masuk. Iskandar, Amir, get ready with swollen legs. Hehe." balas Syafiq.

Tiba-tiba Iskandar mendekati Aliya yang sibuk melihat setiap baju yang ada di area Nicole.

"Awak nak cari baju ape?" tanya Iskandar.

"Oh, nak cari sweater. Xpun t-shirt sebijik." balas Aliya.

" Nak saya tolong?" balas Iskandar lagi.

" Eh, xpelah. Hehe. Awak g la tgk bju kt bahagian lelaki. Mane tau ade yang berkenan." jawab Aliya.

"Aaaaa, mamat ni tegur aku. Yes!Yes!" Aliya bermonolog.

Iskandar pun megajak Syafiq dan Amir ke bahagian pakaian lelaki.
Iskandar sempat menjeling ke arah Aliya dan senyum.

................................................................................................

Selepas 20 minit berlalu, mereka berenam berkumpul dihadapan Metrojaya.
Sudah pukul 4 petang.

"Nana, Aliya, aku gerak dulu ek. Mak aku tunggu kat depan KLCC dah. Jumpa korg esok. Boys, nice to meet you guys." Ira bersuara.

Ira sudah warning awal yang dia hanya boleh join sampai pukul 4 petang.
Kemudian dia akan pulang untuk makan malam bersama keluarga di Restoran Rebung.
Nana dan Aliya pula perlu pulang ke rumah sebelum pukul 7.

" Okay, kirim salam kat mak ko ek. Take care sayang. Esok kita catch up balik before aku balik Melaka" jawab Nana.

Nana, Ira dan Aliya pun berpelukan.
Ira melambai kepada 3 org jejaka tersebut.
Mereka memerhati Ira bergerak menuju ke pintu entrance KLCC.

"Okay, sekarang apa plan kita?" tanya Aliya.

" Kita boleh jalan2 lagi 30 minit. Sebab saya pun kena balik awal. Tiba2 ada emergency. Family matters." jawab Syafiq.

" Okay jugak tu. At least xdela kitorg balik lambat. Orang nak balik keje kol 5. Kena gerak awal sebab takut traffic jam." balas Nana pula.

Mereka pun hanya belegar2 di dalam KLCC.
Besembang-sembang.
Bergurau-gurau.

................................................................................

Tepat pukul 4.30 petang, Syafiq pun meminta diri.

" Ok Nana, Aliya. Kitorg kena gerak dah. Thanks for today." Syafiq bersuara.

" Ok. Thanks jugak. Jumpa ari Isnin kat kelas." balas Nana.

"Yup." jawab Syafiq.

Iskandar mendekati Aliya.

" Awak ade no telefon? Boleh kita borak2 kalau free"tanya Iskandar.

Aliya terkejut.
Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Iskandar is asking her number.

" Errrr, no telefon rumah boleh?" jawab Aliya dengan terpinga2.

" Boleh." jawab Iskandar dengan senyuman.

"Syafiq, meh phone ko. Jap." Iskandar meminta phone Syafiq.

Setelah memberi no phone, Syafiq, Iskandar dan Amir pun beredar.
Kini hanya tinggal Nana dan Aliya di hadapan Auntie Anne's.
Aliya tersenyum lebar.
Tidak percaya dengan apa yang berlaku.

" Nana, dia mintak no phone aku. Haha. Dahla comel kot." histeria Aliya.

" Haaa, ape lagi weh. Nanti dia mintak couple cane?" balas Nana dengan gembira.

" Erk, takde kot. Kenal2 la dulu." jawab Aliya.

Couple?
Zaman muda mudi memang fikir pasal couple je.
Nampak yang berkenan, dah fikir pasal couple.
Zaman sekolah.

Sebelum pulang, Nana dan Aliya singgah ke kedai Roti Boy.
The best bakery ever!
Kemudian, mereka pulang ke rumah.

bersambung...........

When we were young. ( Part I )

Telefon berbunyi, Aliya bergegas untuk menjawab penggilan tersebut.

"Hello, nak cakap dengan siapa?"

"Aliya, ni Nana ni. Weh, apa cer? Dah lama xlepak. Jom keluar Sabtu ni!"

Aliya dan Nana berkawan baik sejak sekolah rendah. Kini mereka sudah barada di form4, Aliyah belajar di SMKC di Cheras , Nana di SMKTBK di Melaka.

"Nana, ko ni, xbagi salam terus ajak lepak. Haha. Jom2. Aku pun xbuat apa Sabtu ni. Ko bila sampai Cheras? " balas Aliya.

" Ooo, aku sampai malam tadi . Xde kelas ari Jumaat, so aku cabut awal la".

"Ok2. Kita jumpa ari Sabtu ni. Kita nak g mane? Midvalley? KLCC? Times Square?"

" Kita g KLCC okay? Kawan aku ajak lepak kt KLCC. Budak sekolah aku gak."

"Haaaa, laki ke perempuan? Damn, dah ade pakwe xbagi tau!!"

"Haha, mane adela. Bdk laki kelas aku. Dia tinggal kt Damansara. Saja ajak lepak2. Dia ajak kawan2 dia sekali .Segan la aku nak g sorg2. So, aku ajak ko and bole catch up skali. Aku dah call Ira skali. Dia xdehal."

"Ceh, aku ni pilihan terakhir la ni. Igt ko balik mmg nak jumpa aku. Camni la kawan"

"Hehe. Jangan la marah syg. Aku memang nak catch up dgn ko pn." pujuk Nana.

" Haha. Aku gurau je. Okay, deal ari sabtu. Kol bape?"

" Hurm kita grk kol 11 am. Ko dtg uma aku ek. Pastu kita gerak sama2. Aku dh bgtau Ira dah. Naik bas awal, ble smpai awal. Nanti aku call kawan aku tu ckp jmpa kol 12 pm. Btw, nama dia Syafiq."

"Okay2, esok aku dtg uma kau. Kita jumpa dgn Syaaaaafiiiiqqqq ye."

"Ceh, ngada2 ko. Ok, see ya this Saturday at 11am. Jgn lambat2."

" Ok mak cik."

....................................................................................

Sabtu 10.50 am di rumah Nana.

"Weh Nana, aku dgn Ira punya sampai awal, ko xsiap2 lagi"

"Relax la Aliya, baru kol 10.50, 10 minit lagi aku siap ek" jawab Nana dengan tesengih-sengih.

Ira hanya mampu geleng kepala melihat gelagat Nana dan Aliya.

"Hoi korg, dah2 jgn gaduh2 cepat2 siap. Nanti tertinggal bas. Rapid KL ni main dtg sesuka hati je." warning Ira kpd Nana & Aliya.

Tepat pukul 11.10am, Aliya, Nana dan Ira sudah berdiri di bus-stop dpn Balai Polis Bt.9.
Pukul 11.15am, bas Rapid KL pun sampai.

"Fuh, Nana, Ira, selamat xmacam sardin" rungut Aliyah.

Selepas 45 minit di atas bas, mereka berhenti di hadapan Metrojaya dan terus berjalan ke Masjid Jamek untuk mengambil LRT Putra ke KLCC.
Gelak tawa mengiringi perbualan mereka.
Gembira setelah lama tidak keluar bersama2.

"Weh Aliya, Ira, aku rasa cuak pulak nak jumpa Syafiq ni. Ni first time aku jumpa dia luar sekolah."

" Eh, ko ni couple ke? Kawan je kan?" tanya Ira.

" Yela kawan je. Tapi dia macam ade hint kat aku je. Mane tau tiba2 dia mintak couple."

No surprise there. Nana memang terkenal dgn kecantikannya. Kemana dia pergi, mesti ade mata memandang. Sebelum dia berpindah ke SMKTBK, ramai sungguh peminat2 Nana di SMKC.

"Damn. Hot x Syafiq tu? Kalau hot, ko suka, couple jela." kata Aliya.

"Setuju2." sampuk Ira.

" Boleh tahan la. Aku suka je lepak2 dgn dia kat sekolah. Hurmm, tengoklah camne nnt." balas Nana.

Akhirnya mereka tiba di KLCC. KLCC penuh dengan manusia. Hari minggulah katakan. Aroma Roti Boy membuat mereka lapar.

"Weh, call la Syaaafiiqqqq, tnya dia kat mane." kata Aliyah.

"Okay, aku call. Weh, ko ni boleh x tukar tone ko bila sebut nama Syafiq tu. Geli aku! " sambut Nana.

"Yelah. Aku nak gurau pn xbole" kata Aliyah.
......

"Hello, Syafiq, awak kat mane dah? Dah sampai? Kitorg kat depan Burger King. Okay, kitorg tggu kt Burger King"

" Weh, dia dah sampai , dia suruh kita tunggu kt sini. Aku dah lapar ni. Bole mkn BK terus" ngomel Nana.

" Cun gak tu. Aku pun dah lapar. Ira, ko okay kan makan BK. Ke ko nak makan KFC? Ko kan hantu KFC. Haha." usik Aliya kepada Ira.

" Haha. Aku okay je mkn BK. Aku baru mkn KFC smlm. So, tukar selera arini." sengih Ira.

.......................................................................

Tiba2 kedengaran suara lelaki memberi salam dari belakang.

" Assalamualaikum Nana. Sorry lambat sikit." sapa Syafiq.

" Waalaikumsalam. Eh, xlambat pun. Kitorg pun baru je sampai. So, no worries. " jawab Nana.

"Anyways, ni Aliya n Ira. My friends."

Syafiq sampai dgn 2 org rakannya.
Syafiq berbaju biru, berseluar jeans , tinggi, berkulit gelap dan kemas.
Salah seorang kawannya berbaju putih, berseluar jeans, putih dan tinggi juga.
Seorang lagi berbaju n berseluar hitam. Plus bertopi Wild Channel. Ala2 gaya Hip Hop.

" Hai, saya Syafiq. Yang baju putih ni Iskandar, yang lagi sorg Amir" , balas Syafiq.

Ira dan Aliya berbisik2 di belakang.

" Weh, hensem gila baju putih tu. Cair aku kjap. Hehe." kata Aliya.

" Aah, weh. Tapi yang baju itam tu pn not bad jugak" balas Ira.
" Hurm, Syafiq ni okay gak. Tapi ade macam Rempit sikit sbb pakai skinny. Hehe. " tambah Aliya.

"Ishk ko ni, macam2!" kata Ira.

Kemudian, mereka berenam pun bergerak masuk ke BK.

......................................................

" Aaahhh, sedapnya Whooper burger ni. Dahla besar." ngomel Aliya.

Yang lain hanya mampu ketawa dengan gelagat Aliya.
bersambung......................

Friday, October 22, 2010

I need to ace it!

Yup, i need to ace this STAT 490 exam on next Tuesday.
I like the subject, but too much things to be memorized!
Maybe if i make sense of all the things that i learnt, i can memorize every single thing that Jeff taught me.
Maybe~
In the mean time, let's give our best shot on this exam.
Work hard and smart on every problem.
All the best to those who'll be taking this exam!
You know you can ace it.
Let's make Jeff proud :D

Monday, October 18, 2010

I need you to be huge enough for me.

Yup, tengoklah study table ni. Kecik betul. Tak muat nak buat hw pn. Terkeluar my hw sheet. I need a study table that is huge enough for my stuff to be put on it. Macam dekat HSSE library. Tapi mahal gila kot. Lagi2 wooden one. Takpelah mira, only one more year. Hang in there okay.

Thursday, October 14, 2010

Not so frequent i think.

My thoughts will be posted lesser than before on this blog.
Kinda want to take a break.
But, i still heart you my blog.
It's just that i want to make a long post instead of a few lines.
Later okay.
=)

Sunday, October 10, 2010

Call it October Break or Fall Break, for me it's HOLIDAY!

Bagi rehatkan minda.
Kemas2 bilik.
Jalan2.
Lepak2.
I feel you darling.
This is what i need right now.
Although my classes are only for 3days a week, I feel occupied all the times.
It seems like my work and hw take over all the leisure times that i have.
So, hellooooo October break!
I love you =)

Tuesday, October 5, 2010

Friday, October 1, 2010

Need to learn the skill.

I have to.
It's a life saving skill.
Then, i can live happily ever after.