"Hello assalamualikum. Siapa ni?" tanya Aliya.
"Waalaikumsalam. Hai Aliya, ni Syafiq kawan Nana tadi. Ada orang nak cakap dengan awak ni" Syafiq bersuara.
"Hello, Aliya. Ni Iskandar ni. " Iskandar menyapa di hujung talian.
"Awak buat ape?" tanya Iskandar.
Jantung Aliya berdegup dengan pantas.
"Hai Iskandar. Saya xbuat apa2 pun" balas Alisya dengan cool.
"Awak pulak buat ape tadi? sambung Aliya.
" Oh, saya baru habis dinner dgn family Syafiq. Ibu dia masak kari kepala ikan. Sedap gila", Iskandar berceloteh.
"Oh, my favorite tu!" balas Aliya.
"Awak pandai masak x?" tanya Iskandar.
"Errrrr, xretila. Pandai makan je. Haha." jawab Aliya.
"Sampai seru baru saya belajar memasak" tambah Aliya.
"Eh, orang perempuan mesti pandai memasak. Baru suami happy. Haha." balas Iskandar.
"Ye2, saya tau. Don't worry. Saya memang akan blajar memasak"
Mereka berdua berborak-borak selama 1 jam.
Pelbagai perkara yang diborakkan.
Proses mengenali antara satu sama lain sedang bermula.
Aliya mencungkil rahsia Iskandar, Iskandar mencungkil rahsia Aliya.
Bergurau dan bergelak ketawa.
Kedua-dua mereka berasa gembira.
Seperti orang yang mabuk bercinta.
"Aliya,saya kena mintak diri ni. Saya dah janji nak teman Syafiq pergi jemput adik dia kat tuition. Nanti bila free, saya call awak ye. Awak jaga diri okay" Iskandar meminta diri.
"Okay. Awak pun sama. Jaga diri. Kirim salam dekat Syafiq okay. Bye." Aliya.
"Bye" balas Iskandar.
Selepas meletak ganggang telefon, Aliya tersenyum lebar.
Gembira.
Lelaki yang diminati menunjukkan response terhadap dirinya.
Aliya berada di awang-awangan.
Sepanjang malam itu, Aliya tersenyum seorang.
Gembira tak terkata.
Hari yang manis bagi dirinya.
Mungkin ini akan merubah hidupnya.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment